Bab 1.3 : Peranan Muamalat
1) Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada sebarang penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli harta dan sebagainya,inilah matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.
2) Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas.
3) Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t,kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba’,rasuah,menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu,dia tidak akan mendapat pahala,bahkan dosa yang akan menimpanya”

(Riwayat Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Al-Halim)
4) Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam menjalankan suatu amanat Allah s.w.t.
5) Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang betul dan diredhainya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat,manusia akan melakukan apa saja untuk memperoleh harta yang banyak,mereka juga akan mengunakan harta mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
6) Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga,masyarakat dan negara.
7) Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong–menolong dan bantu-membantu untuk kebaikan dan kebajikan bersama.
Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya di monopoli oleh golongan tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta mengikut keupayaan masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah s.w.t

Bab 1.1 : Peraturan-peraturan Muamalat
1. Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s..w.t
2. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain.
3. Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh manusia.
4. Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak di ingini.
5. Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan yang bukan Islam.
Bab 1.2 : Tujuan Muamalat
1) Iaitu supaya didalam kehidupan manusia tidak akan berlaku sesuatu kecurangan seperti rampas-merampas,ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipudaya dan sebagainya.
2) Kehendak manusia itu sendiri ialah meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi sehingga beroleh keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

3) Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja untuk manusia dengan jalan yang halal.
Sabda Rasulullah s.a.w : maksudnya :
Daripada Abdullah bin An – Nukman bin Basyir r.anhuma katanya :” Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama pengembala yang mengembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir- hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini . Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara – perkara yang telah di haramkannya . Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati.”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Bab 1 : Pengertian Muamalat
Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.
Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .
Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.
Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
Firman Allah S.W.T :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)
(Surah Al-Mulk Ayat 15)

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.
Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama.
Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.

Israel semakin hari semakin melampau!! Terlalu banyak masalah yang telah ditimbulkan oleh mereka!!!!

Israel yang telah membunuh lebih 500 rakyat Palestin terus angkuh, menolak gencatan senjata anjuran masyarakat antarabangsa. Sebaliknya serangan ke wilayah Palestin yang masuk hari ke-11 pada 6 Januari 2009 semakin mengganas.
Alasan yang diberi ckup mudah-bimbang Hamas melancarkan serangan ke wilayahnya jika ia berkompromi! Itulah cara berfikir orang yang berdosa, yang sedang melakukan bencana kemanusiaan.
Sebenarnya apa yang berlaku di bumi Palestin sekarang amat jelas merupakan satu pencerobohan ke atas sebuah negara. Ia tidak layak dipanggil peperangan walaupun istilah gencatan senjata mahu diguna pakai bagi memberhentikan kezaliman itu. Ini karana tiada penentangan daripada pihak Palestin dan kalau ada pun sekadar tanda mempertahankan diri.
Apa yang pasit, kekejaman rejim Israel ini adalah kekejaman yang berulang. Usaha peru dilakukan bukan setakat untuk memberhentikan pencerohan yang sedang berlaku ini tetapi yang lebih penting memastikan ia tidak akan berulang lagi.
Tekanan antarabangsa perlu dicari bagi menghentikan terus tindak tanduk membati buta Israel itu.

Awang Selamat, Utusan Malaysia 7 Jan 2009.

Ratapan Ibu Kerdil Untuk Anak Palestin…

“Ya Allah, kenapa mereka bunuh anak-anak ini, sedihnya bukan kepalang, hati bagai disiat-siat, dada seperti dihempap batu besar, sukarnya hendak bernafas, tekak berasa kering, air mata tidak dapat ditahan lagi lalu mengalirmencurah-curah. Hamper setiap hai saya menangis sejak kebelakangan ini. Hati bertanya lagi, ya Allah, di mana hati mereka? Apakah perasaan mereka melihat gambar kanak-kanak malang ini?
Bertalu-talu soalan itu terbit di hati apabila akhbar-akhbar menyiarkan gambar-gambar kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
Naluri keibuan mendorong saya menulis untuk ruangan ini. Saya masih menais ketika mengarang ayat-ayat ini sehingga anak saya berusia 4 tahun bersa hairan dan bertanya, “Kenapa mama asyik menangis?”
Hati saya bertambah sebak, deraian air mata semakin laju, tidak dapat saya bayangkan perasaan keluarga kanak-kanak Palestin tersebut apatah lagi ibunya atau…ibu dan keluarganya juga telah menjadi mangsa keganasan?
Ya Allah, kenapa manusia-manusia ini terlalu kejam? Di manakh hati dan perasaan mereka?
Saudaraku di bumi Palestin, aku terlalu sedih dan malu tidak dapat membantumu, hanya mampu berdoa dan terus berdoa.
Perjuangan kalian perlu diteruskan biar darah sentiasa membasahi bumimu.
Wahai saudaraku yang punya kuasa dan upaya, tolonglah! Bantulah!
Wahai bangsa Yahudi dan negara Israel, berhakkah kamu mengaku dirimu adalah makhluk pilihan Tuhan kerana kecerdikan akal bangsamu, tetapi persoalannya tidakkah Tuhan juga mengurniakan hati dan perasaan? Hentikan kekejaman dan keganasan ini!
Tolonglah kami Tuhan…”

Kita asyik sibuk mengkaji akan hal itu dan hal ini…… adakah kita mangkaji akan kekuatan musuh kita yang datang dari setiap tempat dan masa….. adakah hanya berpandukan semangat sahaja sudah memadai ?

Sebenarnya tidak memadai hanya berpandukan semangat semata-mata sahaja untuk mengalahkan musuh….. untuk mengalahkan musuh pada masa ini mestila diiukti oleh strategi yang teratur dan tersusun…. Kecanggihan peralatan peperangan……mengkaji akan kelemahan musuh dan barulah diikuti laungan jihad demi menegakkan kalimah Allah s.w.t keatas muka bumi ini…. Persiapan peperangan keatas musuh laknatullah harus juga dibuat demi menghadapi serangan musuh yang datang dari arah yang berlainan dan juga setiap masa…..dan juga serangan yang datang dalam bentuk fizikal atau psikologi…. Kerana ini adalah peperangan yang akan dihadapi oleh semua orang yang beragama islam dalam erti kata lain umat islam….

Apakah yang menyebabkan umat islam pada zaman ini mudah tewas ditangan musuh:-
- kekurangan ilmu
- ego antara pemimpin dan juga rakyat
- kelemahan dalam bidang teknologi
- malas
- pentingkan diri daripada jiran muslim yang lain
- berpecah-belah dalaman dan luaran, dan juga berpuak-puak
- saling benci membenci antara satu sama lain
- sombong antara satu sama lain
- kedekut ilmu antara satu sama lain
- masing-masing ingin menunjuk siapa yang lebih berkuasa
- tidak berpandukan kepada al-Quran dan Hadis mahupun sunnah Rasulullah
- selalu mengharapkan pertolongan dari orang lain tanpa berusaha sendiri
- terlalu banyak kesenangan dunia sehingga lupa akan tugas dan amanah
- melakukan kerja sambil lewa
- tidak menunpukan segala perhatian dalam sesuatu tugas

Demostrasi…….
Apakah sumbangan kita terhadap saudara seagam dengan kita…..
Adakah dengan cara demostrasi dapat melunturkan semangat musuh atau menakut-nakutkan musuh…..

Jawapannya mungkin ya dan juga mungkin tidak…..
Ini kerana apa yang kita sumbangkan terhadap saudara kita seperti di Palestin, Iraq dan juga lain-lain Negara Islam adalah bernilai dari sebuah demostrasi terhadap kekejaman yang dilakukan oleh musuh kita…..

Sumbangan yang boleh kita lakukan seperti :
- mengadakan solat hajat beramai-ramai dan tidak putus akan solat itu
- mendermakan sebahagian dari sumber kewangan
- mendermakan sebahagian daripada ubat-ubatan kepada pelarian disana
- mendermakan dari sudut material seperti pakaian, dan juga makanan

Pernahkah anda menonton cerita Lords Of The Rings dari episode satu hingga tiga….
Bagaimana mereka menyatukan umat manusia dari seluruh pelusuk negeri untuk menentang kekejaman

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.