Israel yang telah membunuh lebih 500 rakyat Palestin terus angkuh, menolak gencatan senjata anjuran masyarakat antarabangsa. Sebaliknya serangan ke wilayah Palestin yang masuk hari ke-11 pada 6 Januari 2009 semakin mengganas.
Alasan yang diberi ckup mudah-bimbang Hamas melancarkan serangan ke wilayahnya jika ia berkompromi! Itulah cara berfikir orang yang berdosa, yang sedang melakukan bencana kemanusiaan.
Sebenarnya apa yang berlaku di bumi Palestin sekarang amat jelas merupakan satu pencerobohan ke atas sebuah negara. Ia tidak layak dipanggil peperangan walaupun istilah gencatan senjata mahu diguna pakai bagi memberhentikan kezaliman itu. Ini karana tiada penentangan daripada pihak Palestin dan kalau ada pun sekadar tanda mempertahankan diri.
Apa yang pasit, kekejaman rejim Israel ini adalah kekejaman yang berulang. Usaha peru dilakukan bukan setakat untuk memberhentikan pencerohan yang sedang berlaku ini tetapi yang lebih penting memastikan ia tidak akan berulang lagi.
Tekanan antarabangsa perlu dicari bagi menghentikan terus tindak tanduk membati buta Israel itu.

Awang Selamat, Utusan Malaysia 7 Jan 2009.