Ratapan Ibu Kerdil Untuk Anak Palestin…

“Ya Allah, kenapa mereka bunuh anak-anak ini, sedihnya bukan kepalang, hati bagai disiat-siat, dada seperti dihempap batu besar, sukarnya hendak bernafas, tekak berasa kering, air mata tidak dapat ditahan lagi lalu mengalirmencurah-curah. Hamper setiap hai saya menangis sejak kebelakangan ini. Hati bertanya lagi, ya Allah, di mana hati mereka? Apakah perasaan mereka melihat gambar kanak-kanak malang ini?
Bertalu-talu soalan itu terbit di hati apabila akhbar-akhbar menyiarkan gambar-gambar kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
Naluri keibuan mendorong saya menulis untuk ruangan ini. Saya masih menais ketika mengarang ayat-ayat ini sehingga anak saya berusia 4 tahun bersa hairan dan bertanya, “Kenapa mama asyik menangis?”
Hati saya bertambah sebak, deraian air mata semakin laju, tidak dapat saya bayangkan perasaan keluarga kanak-kanak Palestin tersebut apatah lagi ibunya atau…ibu dan keluarganya juga telah menjadi mangsa keganasan?
Ya Allah, kenapa manusia-manusia ini terlalu kejam? Di manakh hati dan perasaan mereka?
Saudaraku di bumi Palestin, aku terlalu sedih dan malu tidak dapat membantumu, hanya mampu berdoa dan terus berdoa.
Perjuangan kalian perlu diteruskan biar darah sentiasa membasahi bumimu.
Wahai saudaraku yang punya kuasa dan upaya, tolonglah! Bantulah!
Wahai bangsa Yahudi dan negara Israel, berhakkah kamu mengaku dirimu adalah makhluk pilihan Tuhan kerana kecerdikan akal bangsamu, tetapi persoalannya tidakkah Tuhan juga mengurniakan hati dan perasaan? Hentikan kekejaman dan keganasan ini!
Tolonglah kami Tuhan…”